Wednesday, January 11, 2017

Tokoh Bahasa Melayu ; Raja Ali Haji

Raja Ali Haji (1809-1870)

Raja Ali Haji adalah putera hasil perkahwinan Raja Ahmad bin Raja Haji dengan pasangannya, Encik Hamidah binti Panglima Malik Selangor. Beliau lahir di Pulau Penyengat, iaitu sebuah pusat kerajaan Riau Lingga, Johor dan Pahang pada tahun 1809. Beliau adalah anak bongsu daripada tujuh orang bersaudara. Beliau berasal daripada keturunan Bugis iaitu daripada golongan bangsawan, Gelaran 'Raja' pada nama beliau diperoleh daripada nama keturunan keluarga kerana 'Yang Dipertuan lV ' merupakan kerabat Sultan Riau Lingga (Sigit Rahman, 2004)

Sejarahnya bermula apabila orang Bugis tiba di kawasan Pulau Penyengat sekitar abad ke-18. Kebetulan pada masa itu berlaku perebutan kuasa antara pewaris Kesultanan Johor setelah Sultan Mahmud Syah ll terbunuh. Datuknya, Raja Haji berjaya mendirikan Kesultanan Johor-Riau sebagaii pusat perdagangan dan budaya yang teragung. Datuknya adalah 'Yang Dipertuan lV' Kerajaan Riau Lingga dan seorang pahlawan masyhur dengan keberaniannya menentang Belanda hingga tewas dalam peperangan di Teluk Ketapang pada tahun 1784. Raja Haji meninggalkan dua orang putera iaitu Raja Ahmad dan Raja Ja'far. Raja Ahmad (ayahanda Raja Ali Haji) adalah pangeran pertama dari Riau yang menunaikan haji.

Raja Ahmad sangat menyukai bidang sejarah. Salah satu karyanya yang terkemuka ialah 'Syair Perang Johor' yang menceritakan tentang peperangan antara Kesultanan Johor dan Kesultanan Acheh pada abad ke-17. Selain itu, Raja Ahmad adalah orang pertama yang menyusun sebuah buku mengenai sejarah orang Bugis di daerah Melayu dan hubungannya dengan raja-raja Melayu.

Bakat menulis ini kemudiannya diturunkan kepada puteranya, Raja Ali Haji. Semenjak remaja lagi, Raja Ali Haji sering mengikuti ayahnya mengembara ke sejumlah wilayah termasuk ke Batavia, perjalanan perdagangan dan menunaikan haji keTanah Suci. Pengalaman ini secara lansung memberikan ilmu pengetahuan yang cukup luas buat dirinya. Ketika berusia 20 tahun, beliau sudah memikul tanggungjawab dan tugas-tugas kenegaraan. Sehingga usianya mencecah 32 tahun, Raja Ali bersama sepupunya, Raja Ali bin Raja Ja'far diberi kepercayaan untuk memerintah di daerah Lingga yang mewakili Sultan Mahmud Muzaffar Syah yang ketika itu masih muda. Selain itu, sejak belia lagi beliau sudah terkenal sebagai ulama dan sering diminta pandangan berhubung fatwanya oleh kerabat kerajaan. 

Beliau merupakan salah seorang di antara sasterawan yang sezaman dengan Abdullah Munshi tetapi mempunyai latar pendidikan yang berbeza. Walaupun begitu, penggunaan bahasa di antara mereka berdua cukup berbeza. Hal ini tidaklah menghairankan kerana mereka bukan sahaja memiliki latar belakang yang berbeza tetapi juga kerjaya dan lingkungan yang berbeza. Abdullah berpendidikan Inggeris, bekerja sebagai penterjemah bahasa Inggeris dan hidup di tengah-tengah masyarakat perdagangan di Singapura. Manakala Raja Ali Haji pula golongan berpendidikan Arab, pendakwah dan hidup dalam lingkungan istana di Pulau Penyengat, Riau.

Sumbangan beliau dalam bidang intelektual berupa sejumlah karya meliputi pelbagai bidang antaranya ialah bidang keagamaan, sastera, politik, filsafat, hukum, ketatanegaraan dan tatabahasa. Di bidang sastera Melayu, karyanya yang berjudul Hikayat Abdul Muluk yang dibuat pada tahun 1846 dianggap sebagai karya sasterawan Riau yang pertama kali diterbitkan. Karya-karya Raja Ali Haji dikenal dengan sifat khusus yang berakar pada syariat Islam dan juga tradisi Melayu.

Syair Hikayat Abdul Muluk
Karya sastera yang terkenal ialah Gurindam Dua Belas yang dihasilkan pada tahun 1847. Gurindam yang mengandungi dua belas fasal ini menyangkut persoalan ibadah, perseorangan, kewajiban raja, kwajiban anak terhadap orang tua, tugas orang tua terhadap anak, sifat-sifat bermasyarakat dan sebagainya. Jodi Yudhono dala, artikelnya yang bertajuk "Raja Ali Haji, Magma Sastra Melayu" ada memetik kata-kata Raja Ali Haji yang menerangkan gurindam sebagai berikut: ''ada pun arti gurindam itu, iaitu perkataan yang bersajak pada pasangannya, tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangannya saja, jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab". Beberapa rangkap petikan gurindam adalah seperti di bawah ini :

"Barang siapa mengenal Yang Tersebut, tahulah ia makna takut,
Barang siapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang,
Barang siapa meninggalkan puasa, tidaklah mendapat dua termasa,
Barang siapa meninggalkan zakat, tiadalah hartanya beroleh berkat,
Barang siapa meninggalkan haji, tiadalah ia menyempurnakan janji"

Oleh kerana pengetahuan bahasa Arabnya tinggi, maka nahu Melayu yang ditulisnya itu berdasarkan bahasa Arab. Karya tersebut berjudul Bustanulkatibin yang bertarikh 1850M. Karya lainnya yang terkenal adalah buku di bidang ketatanegaraan yang berjudul Intizam Wazaif al Malik. buku yang berisi nasihat terhadap perilaku raja dan aturan pemerintahan secara Islam ini ia buat untuk memperingati wafatnya Yamtuan Muda Raja Ali bin Raja Ja'far pada tahun 1857.

Dua tahun kemudian, beliau membuat karya lainnya di bidang yang sama. iaitu buku yang berjudul Samarat Difayah li al-Umara wa al-Kubara wa li ahl al-Mahkamah yang bermaksud (pahala dari tugas-tugas keagamaan bagi para pemimpin, pembesar dan para Hakim). Di samping karya kesusasteraan dan nahu bahasa Melayu, beliau juga menghasilkan Kitab Pengetahuan Bahasa pada 1859M iaitu sebuah kamus bahasa Melayu. Sebenarnya buku ini membincangkan nahu bahasa Melayu secara ringkas dan sederhana. Ia lebih sesuai dikatakan sebagai ensiklopedia. Menurut R. Hamzah Yusuf, pentransliterasi Kitab Pengetahuan Bahasa, walaupun tidak semua abjad yang terdapat di dalam kamus tersebut diakhiri sebahagian daripada perkataan berawalan ca, namun buku ini disamping mengandungi erti perkataan, ia juga menyertakan penjelasan terhadap setiap perkataan termasuk huraian nahu bahasa Melayu walaupun berdasarkan kaedah bahasa Arab.

Buku-buku beliau lainnya adalah Silsilah Melayu dan Bugis yang mengisahkan pengalaman lima orang Bugis bersaudara yang merupakan nenek moyang Pangeran Penyengat. Dua karya di atas merupakan warisan yang sangat berharga bagi sejarah Sumatera, Kalimantan, dan Semenanjung Malaya. Buku ini juga mengisahkan peristiwa-peristiwa bersejarah yang terjadi di kawasan ini selama dua abad.

Karya beliau yang lainnya ialah Tuhfat al-Nafis yang dicetak pada tahun 1865 dan Bustan al-Katibin li as Sibyan al-Muta'allim (Taman para Penulis dan Pencari Ilmu) yang dicetak pada tahun 1875. Dan kemudiannya buku berjudul Kitab Pengetahuan Bahasa. Malangnya kedua buku ini belum selesai kerana beliau wafat pada tahun 1870.
Petikan daripada kitab Tuhfat al-Nafis.

Bukunya yang lai  adalah Siti Sianah, Suluh Pegawai, Taman Permata, dan Sinar Gembala Mustika Alam. Setiap buku-buku yang dibuatnya, khususnya yang berisi nasihat, selalunya disetai contoh-contoh khusus yang terjadi di sekelilingnya pada masa yang sama. Jelaslah, Raja Ali Haji adalah seorang ilmuan yang teragung pada abad ke-19. Beliau memberikan sumbangan yang penting dalam usaha memperkembangkan Bahasa Melayu.

Sunday, January 8, 2017

Fungsi dan Dasar Bahasa Melayu

Fungsi Bahasa.

Bahasa merupakan tonggak jati diri bangsa. Bak kata pepatah, hilang bahasa lenyap bangsa. Pepatah ini menggambarkan tentang bahasa itu penting bagi sesuatu bangsa. Sehubungan dengan itu, setiap negara memerlukan sekurang-kurangnya satu bahasa kebangsaan untuk menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Bahasa kebangsaan melambangkan identiti negara, lambang penyatuan dan desakan semangat kebangsaan. Semasa penjajahan British dahulu, bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pendidikan dan pentadbiran negara. Hal ini kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk mengangkat dan memartabatkan bahasa Kebangsaan ini. 

Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut. Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya, bahasa Melayu di Malaysia, bahasa Inggeris di United Kingdom, bahasa Perancis di Perancis, bahasa Jepun di Jepun dan bahasa Jerman di Jerman. Lazimnya, terutama di negara yang baru memperoleh kemerdekaan daripada penjajah, hakikat ini, yakni status dan kedudukan bahasa kebangsaan, termaktub dalam Perlembagaan negara berkenaan.

Rasional bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan adalah disebabkan tiga faktor. Faktor pertama ialah bangsa Melayu merupakan golongan majoriti yang menduduki Malaysia. Jadi bahasa Melayu yang merupakan bahasa komunikasi antara masyarakat Melayu dipilih sebagai bahasa Kebangsaan. Faktor seterusnya ialah bahasa Melayu dipilih kerana faktor sejarah. Pada masa dahulu bahasa Melayu merupakan bahasa lingua-franca dan bahasa pentadbiran pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaanSriwijaya. Oleh itu, sejarah ini menunjukkan kegemilangan bahasa Melayu yang mendorong kepada pemilihannya sebagai bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa pentadbiran kerana bahasa Melayu bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Selain itu, bahasa Melayu tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem bahasa yag mudah dipelajari.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dibuktikan melalui kewujudan perenggan 152 Perlembagaan Malaysia seperti berikut :

"Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah digunakan dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat bahawa (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi) atau daripada nebgajarkan atau belajar. apa-apa bahasa -bahasa asing, (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini 
boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajaran bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan". 

Di samping itu juga, Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah atau di institusi-institusi pengajian. Usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu ini telah dijalankan dengan lebih giat melalui pelbagai aktiviti seperti minggu dan bulan Bahasa, perjuangan politik bahasa dan melengkapkan bahasa serta buku-buku ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu. 

Bahasa Rasmi. 

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi bagi negara Malaysia. Bahasa rasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi iaitu dalam urusan pemerintah dan pentadbiran, perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, perundangan dan kehakiman. Bahasa Melayu juga dijadikan alat untuk tujuan tertentu. Pada tahun 1969 bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa rasmi menggantikan bahasa Inggeris. Bahasa rasmi bagi sesebuah negara boleh terdiri daripada lebih satu bahasa. Contoh negara Singapura yang mempunyai empat bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil.

Bahasa Melayu dan bukan bahasa lain digunakan sebagai bahasa rasmi kerana beberapa sebab. Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi bahasa Inggeris, maka layaklah bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam urusan rasmi, rakyat negara ini tidak mempunyai masalah untuk menggunakan bahasa Melayu.

Bahasa Perpaduan. 

Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan. Penyataan ini beerti bahasa Melayu adalah egen penyatuan masyarakat. Bahasa Melayu juga menimbulkan kecintaan dan semangat kebangsaan di kalangan masyarakat menerusi fungsinya sebagai bahasa perpaduan. Selain itu, asas kebudayaan dan bahasa kebangsaan mewujudkan bangsa Malaysia. Contoh negara lain ialah Cina menggunakan bahasa Cina, Manchuria dan Monggolia dan British menggunakan bahasa Inggeris, Scottish, Wales dan Irish.

Bahasa Ilmu.

Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu. Bahasa ilmu adalah bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan moden sehingga ke peringkat tinggi. Selain itu, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa akademik, lengkap dengan laras-laras bahasa dan mampu memperkatakan pelbagai bidang keilmuan. Di samping itu, bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang abstrak dan kompleks.

Ciri-ciri bahasa ilmu terbahagi dua bahagian. Pertama, keintelektualan bahasa yang bermaksud keupayaan sesuatu bahasa itu menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Keintelektualan bahasa boleh dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata (kosa kata) dan struktur kata. Contohnya perbendaharaan kata lebih banyak dan khusus, struktur kata yang komples dan asing bermakna senang menerima unsur baru, dan akhir sekali ialah pengimbuhan lebih kompleks dan ada imbuhan asing yang sudah mempengaruhi perbentukan kata bahasa Melayu.

Ciri terakhir ialah kesempurnaan bahasa. Hal ini dicapai melalui kestabilan, kelenturan, kepelbagaian dan keindahannya. Kestabilan merujuk kepada kepatuhan terhadap peraturan-peraturan sedia ada pada aspek sistem ejaan, pengimbuhan, sebutan baku dan ayat. Kelenturan adalah kesesuaiannya terhadap pembaharuan-pembaharuan yang berlaku dalam masyarakat bahasa, boleh menyesuaikan diri dengan perubahan masa dan selera penuturnya tanpa mengorbankan sifat-sifat aslinya. Kepelbagaian pula merujuk kepada gaya penyampaian yang berbagai. Keberkesanan bermaksud keupayaan menjelaskan maksud dengan tepat dan berkesan. Akhirnya, keindahan iaitu penggunaan bahasa yang sedap didengar, bertenaga dan menarik.

Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu.

Bahasa Komunikasi.

Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi yang juga dikenali sebagai bahasa perhubungan. Tujuannya adalah melahirkan perasaan, menjana pemikiran dan menjelaskan sesuatu yang tersirat dalam bentuk pertuturan. Selain itu, penggunaan pelbagai laras bahasa mengikut situasi dan konteks (formal dan tidak formal) mengukuhkan lagi penyataan sebelumnya bahasa bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi.

Seterusnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah sekian lama menjadi lungua-franca penduduk kawasan ini. Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa bukan golongan elit yang sebab sifat dwibahasa mereka, lebih selesa menggunakan bahasa campuran (Melayu-Inggeris).

Dasar Bahasa Melayu.

Sebagai bahasa Kebangsaan kepada negara yang baru berdaulat, bahasa Melayu dikehendaki memikul beban tugas baharu. Selain bahasa rasmi negara, ia menjadi bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Semua itu dipikul peringkat demi peringkat oleh bahasa Melayu sejak tahun 1957, ketika negara mencapai kemerdekaan.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan jelas termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Fasal (1) Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa : "Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen...."

Profesor Asmah Hj. Omar dalam bukunya "Perancangan Bahasa" dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Melayu telah mengistilahkan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara. Berdasarkan definisi ini, kita pasti bahasa Kebangsaan mempunyai fungsi yang besar kerana ia menjadi lambang persatuan dan kedaulatan negara.


















Tuesday, January 3, 2017

Petua Menjaga Kulit Muka

Assalamualaikum...

Ok..kali ni saya nak kongsikan petua-petua menjaga kulot muka agar sentiasa nampak segar dan bermaya..sebagai perempuan,kecantikan kulit muka sangat-sangat penting bagi kita...tak ada orang nak kulit muka yang kusam dan berminyak right..?kalau ada tu memang sangat2 pelik la tu..haha..

Satu lagi masalah kulit muka kita ni,JERAWAT..betul tak..?jerawat ni terjadi bila sistem dalaman kita tak sihat..dan satu lgi,sebab kebersihan kulit wajah kita tu tak terjaga..macam mana nak jaga..?haa baca smpai abis ok..

Ok saya tak nak bebel panjang-panjang..kita ke tajuk asal okehh..

1. Cuci Muka Dengan Air Suam
Kulit muka korang berminyak tak..?pagi lepas cuci muka,flawless je nampak kan..tapi tak smpai tengahari,dah berminyak muka tu..betul tak..?klau betul,korang boleh cuba cara ni..sebelum korang tidur malam tu,cuci dulu  muka dengan air suam..ulang,AIR SUAM ok..jangan air panas..melecur tak tahu..hahaha...kalau korang malas sangat,seminggu 2-3 kali ok dah...korang akan nampak perubahan nnti..

2. Asingkan Tuala Mandi Dengan Tuala Muka
Everyone mesti ada tuala mandikan..?tipu benor lerr kalau takde tu..lepas mandi mesti korang lap badan kan..?muka korang lap tak..?kalau korang biasa lap,please..!stop mulai hari ni..nak tahu sebab apa..??sebab,tuala mandi tu kita tak tahu tahap bersih dia mcm mna..dah korang lap satu badan sampai ke celah-celah tersembunyi sekali,then lap muka..?eiiuuww...hahaha..asingkan laa tuala mandi dengan tuala muka..tuala kecik pon ckup dah..cara tu lebih menjaga kebersihan kulit muka kita..

3. Lakukan rawatan muka 2 kali seminggu
Rawatan muka apa tu..?spa ke..?hehe..tak lahh..rawatan kt rumah je..mcm mna..?ok sy cerita ok..

First,korang boleh basuh muka korang dengan air basuhan beras yang kali pertama tu..beras ni sangat-sangat mampu menjaga dan mencerahkan kulit wajah..

Second,masker yogurt+madu+kunyit..yang ni pon sangat-sangat berkesan untuk menjaga kulit muka..korang boleh pakai setiap malam sebelum tidur..yogurt tu make sure yang perisa asli ok..jangan pulak beli perisa strawberi tapi boh ke muka..hahaha

Third,buah  tomato..bukan kena blender taw..korang potong nipis buah tomato tu,pastu tempek sikit dekat gula pasir,then korang tonyoh je muka korang tu..buat dalam 5-10 mnit,then basuh dgn air suam..

Fourth,kunyit hidup..buat macam tomato tadi jugak..yang bezanya korang tak perlu letak gula..just tonyoh je kat muka dalam 5-10..pastu basuh dengan air suam jugak ye..

Ok..ni saja petua-petua yang boleh sy kongsikan..ni berdasarkan apa yg sy buat ye..dan alhamdulillah menjadi..korang boleh jgk cuba ni ok..