Peringkat Ukhuwah
Ukhuwah :)).
Sembang pasal ukhuwah , mesti ramai terbayang-bayang kawan2 sekeliling .
Kalau ana tanya kalian :
"Hang dok ukhuwah peringkat mana"
Tak ramai boleh jawab .
Mehh, ana nak share.
Ukhuwah ada peringkat ➡➡➡,ada 3. Peringkat ini dalam bentuk ranking :
1=> Ithaar
2=> Salamatus As-Sadr
3=> Husnu Dzon
So, ithaar adalah top dalam carta Ukhuwah .
'Ithaar itu apa ek'
Ithaar ni tak ramai yg dapat dlm ukhuwah , bahkan ranking terbawah sekalipun iaitu Husnu Dzon pun tak ramai yg dapat.
Ithaar ni ialah kita lebih pentingkan sahabat dari diri kita sendiri .
Lagu mana tuh?
Macam kaum Ansar yg sggup bg isteri dekat kaum Muhajirin.
Senang cerita, ithaar ini kita bergembira dgn kgembiraan sahabat kita.
'Bereh,,bereh. Salamatus as-sadr pulok '
Salamatus as-sadr ialah berlapang dada. Kita berlapang dada dgn apa yg sahabat kita buat dan kecapi.
Kawan kita ejek , kawan kita hina, kita relax je. Kita berlapang dada .
'Husnu Dzon bersangka baik kan'
Benarr .. ramai yg tau , tapi peringkat tercorot carta ukhuwah ini pun orang tak dapat nak buat, apatah lagi yg ranking 2 dan ranking 1.
Kawan buat slah skit, terus sangka buruk , terus nak cemuh .
Haihh.. muhasabah lahh.
Kita di peringkat ukhuwah mana..:))